Adatla jika ada anak kecil,ibu bapa pasti takut jika anak terkena keracunan makanan,kadang-kadang berhari-hari tidak berhenti muntah dan cirit-birit.Dahulu semasa Aniq kecil,pernah dia kena cirit-birit selama 2 minggu juga rasanya.Penat membeli susu pelbagai jenama,takut perut dia tidak serasi dengan susu.Namun,bila dibawa jumpa dgn doktor,doktor kata perut bayi apabila dah terkena keracunan makanan akan luka sedikit,jadi ambil masa hendak sembuh.Tidak perlu tukar susu,beri dia minum susu macam biasa.Tapi kesianla kan tgk anak kita macam tu.
Aqil pula pernah kena muntah-muntah sampai 10 kali juga dalam sehari.Panik juga aku masa tu,terus bawa ke Hospital Ampang Puteri,doktor bagi ubat angin dan sejenis ubat ni (tak tahu la nama apa) tapi harus disimpan dalam peti sejuk setiap masa. Minum je ubat tu,terus aqil berhenti muntah.Bila ku belek-belek,rupa-rupanya kultur hidup @ vitagen @ solivite@yakult...Sejak hari tu aku pastikan hero2 ku mesti minum vitagen@solivite 2 kali seminggu.
Tanda-tanda anak kita mengalami dehidrasi akibat keracunan makanan:
- Bibir kering
- Tidak ada air mata semasa menangis
- Kurang selera makan
- Kurang membuang air kecil
- Mata cengkung
- Mengantuk
- Cepat marah.
Makanan berisiko tinggi ( makanan yang tidak tahan lama @ menggalakan pembiakan bakteria berbahaya ).
- Semua jenis makanan berdaging.
- Susu, krim dan semua makanan berasaskan hasil tenusu.
- Masakan yang mengandungi telur
- Makanan laut
- Salad
Penting!!
- Pastikan suhu peti sejuk anda bawah 5°C dan suhu pada bahagian freezer 0°C.
- Setelah keluar membeli barangan ‘basah’, balik dengan kadar segera untuk mencuci barangan tersebut dan masukkan ke dalam peti sejuk bagi mengelakkan pencemaran.
- Jangan memberi makanan yang sudah rosak atau busuk.
- Sekiranya membeli makanan dalam tin, pastikan tin tersebut tidak kemik.
- Basuh tangan menggunakan sabun sebelum menyediakan makanan.
- Pastikan peralatan memasak yang digunakan dalam keadaan bersih.
- Jauhkan haiwan peliharaan anda daripada makanan.
- Sekiranya ada makanan yang tidak habis, masukkannya ke dalam peti sejuk dan elakkan meninggalkannya dalam suhu bilik lebih daripada 2 jam.
- Jangan makan telur mentah.
- Jangan makan makanan atau minuman yang sudah mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.
- Buangkan sahaja makanan yang anda tidak pasti kebersihannya.
- Cuci bersih buah-buahan dan sayur-sayuran yang akan dimakan mentah.
Semoga info ini berguna untuk para ibu khususnya yang ada anak kecil.
No comments:
Post a Comment