Sunday, September 16, 2012

aidijuma






Di saat2 kaum hawa sibuk membeli tudung Fareeda,aku kembali kpd tudung bawal.Memandangkan suamiku juga minat kalau aku pakai tudung bawal je kan...,
Kiosk yg menjadi sasaran aku lately ialah kiosk tudung Aidijuma di The Curve.Boleh saja nak beli secara online di website www.aidijuma.com,tapi x puas hati kalau x tengok sendiri material kain.

Tudung aidijuma ada banyak jenis, yg 1 tone,2 tone,3 tone ,bawal 204 dan bawal 205.( cewahh dh mcm promoter tudung ni dahh)..tp yg paling aku minat yg 2 tone
dan 3 tone la...harganya pun RM15 je..




                          Bawal 3 tone..

       

Design ni cantik gak,tapi susah la nak padan dgn baju...harga pun RM43.


Ini design with the polkadot...sbb juma mmg lawa,tudung pun nampak lawa..

Happy shopping !!!



















Saturday, September 15, 2012

Keracunan makanan bagi anak2 kecil


Adatla jika ada anak kecil,ibu bapa pasti takut jika anak terkena keracunan makanan,kadang-kadang berhari-hari tidak berhenti muntah dan cirit-birit.Dahulu semasa Aniq kecil,pernah dia kena cirit-birit selama 2 minggu juga rasanya.Penat membeli susu pelbagai jenama,takut perut dia tidak serasi dengan susu.Namun,bila dibawa jumpa dgn doktor,doktor kata perut bayi apabila dah terkena keracunan makanan akan luka sedikit,jadi ambil masa hendak sembuh.Tidak perlu tukar susu,beri dia minum susu macam biasa.Tapi kesianla kan tgk anak kita macam tu.
Aqil pula pernah kena muntah-muntah sampai 10 kali juga dalam sehari.Panik juga aku masa tu,terus bawa ke Hospital Ampang Puteri,doktor bagi ubat angin dan sejenis ubat ni (tak tahu la nama apa) tapi harus disimpan dalam peti sejuk setiap masa. Minum je ubat tu,terus aqil berhenti muntah.Bila ku belek-belek,rupa-rupanya kultur hidup @ vitagen @ solivite@yakult...Sejak hari tu aku pastikan hero2 ku mesti minum vitagen@solivite 2 kali seminggu.
Tanda-tanda anak kita mengalami dehidrasi akibat keracunan makanan:
  1. Bibir kering
  2. Tidak ada air mata semasa menangis
  3. Kurang selera makan
  4. Kurang membuang air kecil
  5. Mata cengkung
  6. Mengantuk
  7. Cepat marah.
Makanan berisiko tinggi ( makanan yang tidak tahan lama @ menggalakan pembiakan bakteria berbahaya ).
  • Semua jenis makanan berdaging.
  • Susu, krim dan semua makanan berasaskan hasil tenusu.
  • Masakan yang mengandungi telur
  • Makanan laut
  • Salad
Penting!!
  •  Pastikan suhu peti sejuk anda bawah 5°C dan suhu pada bahagian freezer 0°C.
  • Setelah keluar membeli barangan ‘basah’,  balik dengan kadar segera untuk mencuci barangan tersebut dan masukkan ke dalam peti sejuk bagi mengelakkan pencemaran.
  • Jangan memberi makanan yang sudah rosak atau busuk.
  • Sekiranya membeli makanan dalam tin, pastikan tin tersebut tidak kemik.
  • Basuh tangan menggunakan sabun sebelum menyediakan makanan.
  • Pastikan peralatan memasak yang digunakan dalam keadaan bersih.
  • Jauhkan haiwan peliharaan anda daripada makanan.
  • Sekiranya ada makanan yang tidak habis, masukkannya ke dalam peti sejuk dan elakkan meninggalkannya dalam suhu bilik lebih daripada 2 jam.
  • Jangan makan telur mentah.
  • Jangan makan makanan atau minuman yang sudah mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.
  • Buangkan sahaja makanan yang anda tidak pasti kebersihannya.
  • Cuci bersih buah-buahan dan sayur-sayuran yang akan dimakan mentah.
Semoga info ini berguna untuk para ibu khususnya yang ada anak kecil.

Tips solekan


Mari kita pelajari tip solekan sempurna

Setiap wanita mempunyai keinginan untuk tampil cantik. Biarpun selalu disebut bahawa cantik adalah sesuatu yang subjektif, hakikat bahawa solekan membantu seseorang tampil anggun tidak boleh diketepikan. Kuasa solekan dikatakan mampu membuatkan wajah kusam dan lesu bertukar menjadi jelita, sekali gus meningkatkan keyakinan diri.
Solekan sering tidak menjadi? Tidak mulus seperti model-model dan bintang terkenal? Mungkin anda kurang arif mengenai tip-tip berkesan dan asas dalam solekan. Anda perlu mengikuti langkahlangkah betul untuk memastikan tiada cela yang kelihatan atau lebih teruk jika anda kelihatan seperti badut selepas mengenakan solekan. Perhatikan tip- tip berikut.



1. Aplikasi Bedak Secara Sempurna
Agar kulit wajah terlihat mulus, gunakan pelembap berasaskan air sebelum menggunakan bedak asas. Tentukan ketebalan bedak yang inginkan. Untuk solekan ke parti, ia biasanya sedikit tebal. Gunakan span yang diaplikasikan dengan cara ditepuktepuk lembut pada wajah dan diakhiri dengan loose powder.
2. Lindungi Noda Pada Wajah
Concealer berfungsi untuk menutup bekas jerawat atau noda pada wajah. Warna concealer harus sama dengan warna bedak agar wajah tidak kelihatan terlihat bertompoktompok. Concealer cair merupakan jenis yang paling mudah digunakan dan dapat menutup cela secara rata. Jika anda menggunakan concealer berbentuk stik, caranya adalah dengan mengoleskannya terlebih dahulu pada jari manis dan calitkan pada wajah. Ia akan menutup dengan lebih halus daripada terus mengoleskannya pada wajah.
3. Alis Rapi dan Natural
Sebelum dirias, rapikan bentuk alis agar tidak berserabut. Untuk mendapatkan bentuk alis sempurna gunakan pensil kening untuk membentuk. Gunakan pensil yang hujungnya runcing dan lembut. Jangan
ditekan agar hasilnya tidak terlalu tebal. Sikat kening dan jika mahu anda boleh semburkan sedikit hair spray pada sikat kening kemudian sikat kembali.
4. Eyeliner Tahan Lama
Eyeliner biasanya digunakan untuk menyerlahkan bentuk mata dan membuat pandangan mata kelihatan tajam. Eyeliner yang 'cair' kerana kepanasan atau sudah terlalu lama akan merosakkan penampilan. Untuk menjadikan eyeliner bertahan lebih lama, gunakan pelembap mata terlebih dahulu kemudian gunakan concealer. Seterusnya, gunakan eyeliner berbentuk pensil dan dilapis dengan eyeliner cair untuk mendapatkan warna yang lebih menyerlah.
5. Mata Sepet Lebih Besar
Untuk mendapatkan kesan mata lebih besar, gunakan scotch tape untuk kesan lipatan pada mata dan aplikasikan warna-warna gelap pada mata. Gunakan eye shadow warna hitam, kelabu, coklat atau ungu gelap kerana ia merupakan pilihan yang tepat. Sebagai pelengkap, gunakan bulu mata palsu dengan bulu yang tipis.

Petikan dari Majalah Rapi keluaran Julai 2012.

Saturday, September 8, 2012

Hi-Tea sekolah 2012

Wah, lamanya tak update...cerita banyak,masa tiada..sekarang sibuk dengan kerja2 sekolah,dan memandangkan Hari Kantin Sekolah pun makin dekat,macam dah rasa akan menjadi semakin sibuk,....mengalahkan penyelaras la pulak,huhu

Memandangkan bulan Oktober bakal menjelma,maka semakin dekat tarikh untuk jamuan hi-tea sekolah...
tahun2 lepas tak perlu fikir nak buat di mana sbb ahli biasa Badan Kebajikan Guru je,but thn ni dah jd setiausaha pulak. Maka kita terlibat untuk menganjurkan jamuan tersebut. Lebih-lebih lagi Pengerusi Badan pulak bercuti 2 bulan atas sebab2 kewanitaan..aduss pening juga jadinya.Tapi still ok sbb semua AJK tahun ini mmg terbaik,kerjasama pun bagus..(dah org lantik,kita buat la kerja kita kan..huhu)

Ada 5 pilihan tempat yg Badan Kebajikan akan pertimbangkan :
1. Hotel Renaissance
 Harga bufet RM89nett...untuk 10 org blh dapat diskaun 50%,tapi still mahal sgt sbb nak booking untuk 50 org...dalam RM5000 kot diperlukan untuk jamuan sahaja..hmm

2. Atmosphere Restaurant,KL Tower
   Menarik!!...Harga bufet pun RM68nett,tapi still consider mahal laa..

3. Hotel Seri Pacific,PWTC
   Macam kat sini je..harga bufet pun dlm RM30++,tmpt pun menarik..very cozy(gmbr di website la)

4. Hotel Corus(Depan KLCC)
   Harga bufet lebih kurang Hotel ke-4 tadi...terpengaruh sbb tgk gambar FB kawan yg iftar kat sana  
   recently...

5. Hotel Flamingo
  Harapnya harga bufet tak mahal sgt,..lagipun paling strategik sbb dkt dgn sek n rumah cikgu2..

Rasanya perlu survey lagi sblm decide di mana nak adakan jamuan hi tea tahun ni...susah nak puaskan hati semua pihak,namun still mencuba dgn harapan semua pihak puas hati...:)