Sunday, September 16, 2012

aidijuma






Di saat2 kaum hawa sibuk membeli tudung Fareeda,aku kembali kpd tudung bawal.Memandangkan suamiku juga minat kalau aku pakai tudung bawal je kan...,
Kiosk yg menjadi sasaran aku lately ialah kiosk tudung Aidijuma di The Curve.Boleh saja nak beli secara online di website www.aidijuma.com,tapi x puas hati kalau x tengok sendiri material kain.

Tudung aidijuma ada banyak jenis, yg 1 tone,2 tone,3 tone ,bawal 204 dan bawal 205.( cewahh dh mcm promoter tudung ni dahh)..tp yg paling aku minat yg 2 tone
dan 3 tone la...harganya pun RM15 je..




                          Bawal 3 tone..

       

Design ni cantik gak,tapi susah la nak padan dgn baju...harga pun RM43.


Ini design with the polkadot...sbb juma mmg lawa,tudung pun nampak lawa..

Happy shopping !!!



















Saturday, September 15, 2012

Keracunan makanan bagi anak2 kecil


Adatla jika ada anak kecil,ibu bapa pasti takut jika anak terkena keracunan makanan,kadang-kadang berhari-hari tidak berhenti muntah dan cirit-birit.Dahulu semasa Aniq kecil,pernah dia kena cirit-birit selama 2 minggu juga rasanya.Penat membeli susu pelbagai jenama,takut perut dia tidak serasi dengan susu.Namun,bila dibawa jumpa dgn doktor,doktor kata perut bayi apabila dah terkena keracunan makanan akan luka sedikit,jadi ambil masa hendak sembuh.Tidak perlu tukar susu,beri dia minum susu macam biasa.Tapi kesianla kan tgk anak kita macam tu.
Aqil pula pernah kena muntah-muntah sampai 10 kali juga dalam sehari.Panik juga aku masa tu,terus bawa ke Hospital Ampang Puteri,doktor bagi ubat angin dan sejenis ubat ni (tak tahu la nama apa) tapi harus disimpan dalam peti sejuk setiap masa. Minum je ubat tu,terus aqil berhenti muntah.Bila ku belek-belek,rupa-rupanya kultur hidup @ vitagen @ solivite@yakult...Sejak hari tu aku pastikan hero2 ku mesti minum vitagen@solivite 2 kali seminggu.
Tanda-tanda anak kita mengalami dehidrasi akibat keracunan makanan:
  1. Bibir kering
  2. Tidak ada air mata semasa menangis
  3. Kurang selera makan
  4. Kurang membuang air kecil
  5. Mata cengkung
  6. Mengantuk
  7. Cepat marah.
Makanan berisiko tinggi ( makanan yang tidak tahan lama @ menggalakan pembiakan bakteria berbahaya ).
  • Semua jenis makanan berdaging.
  • Susu, krim dan semua makanan berasaskan hasil tenusu.
  • Masakan yang mengandungi telur
  • Makanan laut
  • Salad
Penting!!
  •  Pastikan suhu peti sejuk anda bawah 5°C dan suhu pada bahagian freezer 0°C.
  • Setelah keluar membeli barangan ‘basah’,  balik dengan kadar segera untuk mencuci barangan tersebut dan masukkan ke dalam peti sejuk bagi mengelakkan pencemaran.
  • Jangan memberi makanan yang sudah rosak atau busuk.
  • Sekiranya membeli makanan dalam tin, pastikan tin tersebut tidak kemik.
  • Basuh tangan menggunakan sabun sebelum menyediakan makanan.
  • Pastikan peralatan memasak yang digunakan dalam keadaan bersih.
  • Jauhkan haiwan peliharaan anda daripada makanan.
  • Sekiranya ada makanan yang tidak habis, masukkannya ke dalam peti sejuk dan elakkan meninggalkannya dalam suhu bilik lebih daripada 2 jam.
  • Jangan makan telur mentah.
  • Jangan makan makanan atau minuman yang sudah mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.
  • Buangkan sahaja makanan yang anda tidak pasti kebersihannya.
  • Cuci bersih buah-buahan dan sayur-sayuran yang akan dimakan mentah.
Semoga info ini berguna untuk para ibu khususnya yang ada anak kecil.

Tips solekan


Mari kita pelajari tip solekan sempurna

Setiap wanita mempunyai keinginan untuk tampil cantik. Biarpun selalu disebut bahawa cantik adalah sesuatu yang subjektif, hakikat bahawa solekan membantu seseorang tampil anggun tidak boleh diketepikan. Kuasa solekan dikatakan mampu membuatkan wajah kusam dan lesu bertukar menjadi jelita, sekali gus meningkatkan keyakinan diri.
Solekan sering tidak menjadi? Tidak mulus seperti model-model dan bintang terkenal? Mungkin anda kurang arif mengenai tip-tip berkesan dan asas dalam solekan. Anda perlu mengikuti langkahlangkah betul untuk memastikan tiada cela yang kelihatan atau lebih teruk jika anda kelihatan seperti badut selepas mengenakan solekan. Perhatikan tip- tip berikut.



1. Aplikasi Bedak Secara Sempurna
Agar kulit wajah terlihat mulus, gunakan pelembap berasaskan air sebelum menggunakan bedak asas. Tentukan ketebalan bedak yang inginkan. Untuk solekan ke parti, ia biasanya sedikit tebal. Gunakan span yang diaplikasikan dengan cara ditepuktepuk lembut pada wajah dan diakhiri dengan loose powder.
2. Lindungi Noda Pada Wajah
Concealer berfungsi untuk menutup bekas jerawat atau noda pada wajah. Warna concealer harus sama dengan warna bedak agar wajah tidak kelihatan terlihat bertompoktompok. Concealer cair merupakan jenis yang paling mudah digunakan dan dapat menutup cela secara rata. Jika anda menggunakan concealer berbentuk stik, caranya adalah dengan mengoleskannya terlebih dahulu pada jari manis dan calitkan pada wajah. Ia akan menutup dengan lebih halus daripada terus mengoleskannya pada wajah.
3. Alis Rapi dan Natural
Sebelum dirias, rapikan bentuk alis agar tidak berserabut. Untuk mendapatkan bentuk alis sempurna gunakan pensil kening untuk membentuk. Gunakan pensil yang hujungnya runcing dan lembut. Jangan
ditekan agar hasilnya tidak terlalu tebal. Sikat kening dan jika mahu anda boleh semburkan sedikit hair spray pada sikat kening kemudian sikat kembali.
4. Eyeliner Tahan Lama
Eyeliner biasanya digunakan untuk menyerlahkan bentuk mata dan membuat pandangan mata kelihatan tajam. Eyeliner yang 'cair' kerana kepanasan atau sudah terlalu lama akan merosakkan penampilan. Untuk menjadikan eyeliner bertahan lebih lama, gunakan pelembap mata terlebih dahulu kemudian gunakan concealer. Seterusnya, gunakan eyeliner berbentuk pensil dan dilapis dengan eyeliner cair untuk mendapatkan warna yang lebih menyerlah.
5. Mata Sepet Lebih Besar
Untuk mendapatkan kesan mata lebih besar, gunakan scotch tape untuk kesan lipatan pada mata dan aplikasikan warna-warna gelap pada mata. Gunakan eye shadow warna hitam, kelabu, coklat atau ungu gelap kerana ia merupakan pilihan yang tepat. Sebagai pelengkap, gunakan bulu mata palsu dengan bulu yang tipis.

Petikan dari Majalah Rapi keluaran Julai 2012.

Saturday, September 8, 2012

Hi-Tea sekolah 2012

Wah, lamanya tak update...cerita banyak,masa tiada..sekarang sibuk dengan kerja2 sekolah,dan memandangkan Hari Kantin Sekolah pun makin dekat,macam dah rasa akan menjadi semakin sibuk,....mengalahkan penyelaras la pulak,huhu

Memandangkan bulan Oktober bakal menjelma,maka semakin dekat tarikh untuk jamuan hi-tea sekolah...
tahun2 lepas tak perlu fikir nak buat di mana sbb ahli biasa Badan Kebajikan Guru je,but thn ni dah jd setiausaha pulak. Maka kita terlibat untuk menganjurkan jamuan tersebut. Lebih-lebih lagi Pengerusi Badan pulak bercuti 2 bulan atas sebab2 kewanitaan..aduss pening juga jadinya.Tapi still ok sbb semua AJK tahun ini mmg terbaik,kerjasama pun bagus..(dah org lantik,kita buat la kerja kita kan..huhu)

Ada 5 pilihan tempat yg Badan Kebajikan akan pertimbangkan :
1. Hotel Renaissance
 Harga bufet RM89nett...untuk 10 org blh dapat diskaun 50%,tapi still mahal sgt sbb nak booking untuk 50 org...dalam RM5000 kot diperlukan untuk jamuan sahaja..hmm

2. Atmosphere Restaurant,KL Tower
   Menarik!!...Harga bufet pun RM68nett,tapi still consider mahal laa..

3. Hotel Seri Pacific,PWTC
   Macam kat sini je..harga bufet pun dlm RM30++,tmpt pun menarik..very cozy(gmbr di website la)

4. Hotel Corus(Depan KLCC)
   Harga bufet lebih kurang Hotel ke-4 tadi...terpengaruh sbb tgk gambar FB kawan yg iftar kat sana  
   recently...

5. Hotel Flamingo
  Harapnya harga bufet tak mahal sgt,..lagipun paling strategik sbb dkt dgn sek n rumah cikgu2..

Rasanya perlu survey lagi sblm decide di mana nak adakan jamuan hi tea tahun ni...susah nak puaskan hati semua pihak,namun still mencuba dgn harapan semua pihak puas hati...:)

Thursday, July 5, 2012

sukan tahunan 2012



Tahun ini ada ada jawatan penolong SU sukan..agak busy tahun ini..seminggu sebelum sukan tahunan sudah mula busy dengan sukantara,pertandingan akhir acara padang dan raptai perbarisan sukan tahunan.Sukan tahunan diadakan pada 1 Julai 2012 di Stadium UIAM. 


Jam 7.30 pagi aku sudah berada di stadium.,para guru sibuk menyiapkan peserta perbarisan. Tahun ini tanggungjawab pun lebih banyak. AJK perbarisan pun ye jugak. Lambat mula perbarisan ,lambat la balik hari ini.
Alhamdulillah,apa yang telah dirancang berjalan lancar. Guru-guru pada tahun ini pun lebih kreatif berbanding tahun-tahun sudah dalam menyiapkan peserta perbarisan masing-masing.



Seperti biasa,selepas acara perbarisan bermula acara 100 meter dan 200 meter sejurus kemudian.
Seronok lihat murid-murid tahun 4 berlari. Muka masing-masing merah padam sbb takut apabila melihatkan trek yang amat jauh penamatnya. Semoga ada bakat yang bagus untuk diketengahkan tahun depan di peringkat zon nanti.




Tahun ini cuaca agak baik. Tidak la terlampau panas.Muka ku tidak mengalami 'sunburn' yang teruk.Berbaloi pakai sunblock SPF 130.
Pada jam 10.00 pagi,rehat sebentar sementara acara tarik tali dilangsungkan.





Acara tarik tali memang dinanti-nantikan. Tahun ini pasukan rumah biru bertemu pasukan rumah hijau. Rumah hijau juara bertahan,dan masih mengekalkan kejuaraan untuk tahun ini. Bak kata rakan sekerja,geng obese menang lagi.huhu





Sukan berakhir pada jam 1.00 petang.Tahniah pada yang menang,yang tidak menang,tahun hadapan cuba lagi. Jiwaku sentiasa ada di padang,tapi nampak gayanya keringatku tidak memungkinkan aku memikul tugas sebegini lagi tahun hadapan.Letihnya menguruskan kejohanan sukan ini tidak ada siapa yang tahu. Namun harapanku,apa yang ku lakukan untuk anak muridku ini mendatangkan manfaat besar untuk mereka. Amin

Saturday, June 23, 2012

sukaneka aniq 2012

hari ini ada sukaneka di sekolah Aniq...sudah seminggu dia dok bercerita ttg acara yg dia ambil bhgn..x faham pun caranya,so kena pergi tgk laa..dlm masa yg sama nk tgk cara penganjuran sukan di sekolah lain...ada yg baik blh dilaksanakan thn depan di sekolah aku

Sampai di sekolah sudah pukul 7.45 pagi,punya lah ramai orang..nasib baik belum mula lagi,so i didn't miss anything..
 

Dalam pukul 8,acara kawad kaki bermula..berbeza dgn sekolahku,tiada padang so sukaneka mmg tiada acara kawad kaki...setiap kelas ada tema masing2..selepas tamat acara kawad kaki,ada persembahan ( lebih kurang aerobik kot),x sempat nak ambil gambar sbb sibuk mengejar Aqil yg dah resah gelisah..

 
Selepas tamat persembahan,acara 80m lari pecut bermula.Setiap ada 2 orang wakil rasanya( masih sibuk menenteramkan Aqil).Setiap kelas ada satu acara sukaneka sahaja,it means murid bertanding sesama rakan kelas mereka sahaja.So seorang murid bawa balik 1 medal sahaja.

Setibanya acara yg Aniq sertai,baru aku faham apa yg dia cerita selama ni.Lari pusing kon,lompat dalam gelung,ambil pundi kacang,masukkan dalam baldi...kumpulan Aniq got first place..




Gembiranya !!!(first time dapat)

Aqil sudah resah tahap maksimum!

Ok,tamat sukaneka tahun ini...

Wednesday, June 20, 2012

Dinasour Invasion



ok,ceritanya ,..hari Ahad lepas kami ke Pusat Sains Negara kerana dgr khabar ada pameran dinasour..Aniq sungguh excited nak pergi sampai sanggup siapkan 3 mukasurat latihan menulis yg aku bagi dlm masa 30 minit je ..( lama sbb buat latihan dpn tv,xpe asalkan siap)...so upahnya blh tgk dinasour..

Sampai di Pusat Sains Negara dlm pkl 11.30 pagi,pengunjung masih x ramai..di parking lot laa..bila sampai kat kaunter,kena beratur panjang juga laa..kebetulan,hari tu Father's day,ada gift percuma utk family berempat( 2 dewasa +2 kanak-kanak ).----dpt tuala kecil je,ada jahit gambar dinasour kecil je



Rangka dinasour di lobi,menyebabkan Aniq berkata"tak hebat pun!!"..dia belum tau lagi,pameran tu kat tempat lain..so, kami ke tingkat 2 utk tgk dinasour, menggunakan laluan kat belakang rangka tu menuju ke tingkat atas...






 sampai je kat depan exhibiton hall tu Aniq dah cuak sbb ada bunyi menggerunkan katanya..Muka dah merah padam,hampir nak menangis,bila dia tgk ada chinese girl tu menangis,bkn hampir dah..tp terus dia menangis...hilang semua kehebatan Aniq selama ini!!


Effect bunyi dinasour mmg terbaik,ditambah dgn real sized dinasour dlm hall,utk menaikkan suasana,dlm hall mmg laa gelap..teringat semasa dulu tgk pameran hantu di Muzium Negara,lebih kurang la gelapnya...Aku terpaksa dukung Aniq sbb dia asyik tarik tgn aku utk keluar dari situ..



Bergambar sbb dipaksa bergambar..baru ada bukti pergi ke pameran dinasour




Aqil yg takut juga bersama ayah(yg penat mendukung Aqil sepanjang Pameran)

It was a good experience for us..Pusat Sains Negara pun dah byk berubah,rasanya dulu setingkat aje n a little bit boring..nowadays,ada byk area yg blh menarik minat kanak2 khususnya...sambil menyelam minum air,aku survey utk lawatan anak murid bulan 9 ini,nampak menarik juga
Apa benda ni?Aqil tak pernah tgk pun
Kemahiran mengawal penerbangan helikopter
Photo
Gembira,sbb ada playground utk saya juga

Diari ibu part 1


Dlm tidak sedar aku dah ada 2 org anak..aniq dah masuk prasekolah pun.As a mother ada juga aku berharap aniq terus pandai membaca eventhough baru je sekolah,huhu ..   .( boleh ke??)..as a teacher,kena faham realiti laa,..

hampir setiap hari latih dia membaca,menulis..kadang2 kesian jugak,letih katanya..kalau teruk lagi sakit otak laa..hari2 dok tgk murid2 thn 1 kat sekolah dlm kelas pemulihan, kasihan ..harap2 aniq blh membaca dgn baik by the time dia masuk thn 1 nanti..insya Allah

As a mother,doa tidak pernah putus utk kedua2 anakku agar sentiasa dirahmatiNya,biar Aniq sentiasa terang hati menerima  pelajaran guru...biar Aqil menjadi lebih bijak dan lebih petah bercakap..
Target aku,aniq blh membaca dgn baik bila hujung thn ini ( lagi awal lagi elok..:) )..thn depan blh fokus utk English Reading...semoga Allah sentiasa memberkati usahaku utk kedua anakku..insya Allah..


sambal belacan power!!

www.myresepi.com....nak kongsi dgn everybody,ini satu site di mana blh dapatkan resepi...n it features comments daripada setiap org yg dah try resepi ...
resepi sambal belacan power

Doa


Doa mohon jauhkan dari hasad dengki orang


busy kot

lama sungguh tak update..busy kot..
23rd of june 2012 ada sukaneka di sekolah aniq..
can't wait to go..he is very excited,sukan yg pertama..huhu
ada berita yang menggembirakan hari ini..rezeki Allah bagi..alhamdulillah
tggu next update...........