Tahun ini ada ada jawatan penolong SU sukan..agak busy tahun ini..seminggu sebelum sukan tahunan sudah mula busy dengan sukantara,pertandingan akhir acara padang dan raptai perbarisan sukan tahunan.Sukan tahunan diadakan pada 1 Julai 2012 di Stadium UIAM.
Alhamdulillah,apa yang telah dirancang berjalan lancar. Guru-guru pada tahun ini pun lebih kreatif berbanding tahun-tahun sudah dalam menyiapkan peserta perbarisan masing-masing.
Seperti biasa,selepas acara perbarisan bermula acara 100 meter dan 200 meter sejurus kemudian.
Seronok lihat murid-murid tahun 4 berlari. Muka masing-masing merah padam sbb takut apabila melihatkan trek yang amat jauh penamatnya. Semoga ada bakat yang bagus untuk diketengahkan tahun depan di peringkat zon nanti.
Tahun ini cuaca agak baik. Tidak la terlampau panas.Muka ku tidak mengalami 'sunburn' yang teruk.Berbaloi pakai sunblock SPF 130.
Pada jam 10.00 pagi,rehat sebentar sementara acara tarik tali dilangsungkan.
Acara tarik tali memang dinanti-nantikan. Tahun ini pasukan rumah biru bertemu pasukan rumah hijau. Rumah hijau juara bertahan,dan masih mengekalkan kejuaraan untuk tahun ini. Bak kata rakan sekerja,geng obese menang lagi.huhu
Sukan berakhir pada jam 1.00 petang.Tahniah pada yang menang,yang tidak menang,tahun hadapan cuba lagi. Jiwaku sentiasa ada di padang,tapi nampak gayanya keringatku tidak memungkinkan aku memikul tugas sebegini lagi tahun hadapan.Letihnya menguruskan kejohanan sukan ini tidak ada siapa yang tahu. Namun harapanku,apa yang ku lakukan untuk anak muridku ini mendatangkan manfaat besar untuk mereka. Amin










